Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 5h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


PRU Thailand: Pheu Thai dahului kedudukan dalam parlimen, raih 137 kerusi

BANGKOK, 25 Mac (Bernama) -- Parti Pheu Thai, yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan, kini mendahului dengan memenangi sejumlah 137 daripada 350 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum Thailand pada Ahad, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand. 

Barr: Mueller gagal temui bukti wujud konspirasi Trump-Rusia

WASHINGTON, 25 Mac (Bernama) -- Peguam Khas Robert Mueller tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa kempen Presiden Donald Trump telah berkomplot dengan Rusia untuk mempengaruhi pilihan raya pada 2016, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Peguam Negara William Barr dalam sepucuk surat pada Ahad. 

Polis rampas kereta mewah, jet ski, 2 buah motosikal dan seekor buaya air tawar dalam serbuan di Sydney

SYDNEY, 25 Mac (Bernama) -- Pasukan petugas jenayah terancang elit di Australia pada Isnin mendedahkan butiran mengenai satu serbuan aneh yang bukan sahaja berjaya membongkar kegiatan mencuri wang tunai dan barangan, malah seekor buaya.

PRU Thailand: keputusan rasmi diumum selewat-lewatnya 9 Mei - SPR

BANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pillihan Raya Thailand (SPR) akan mengumumkan keputusan rasmi pengundian yang berlangsung hari ini selewat-lewatnya 9 Mei. 

Abhisit letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat susulan prestasi buruk parti pada PRU Thailand

BANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat susulan prestasi buruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Thailand yang berlangsung pada Ahad. 

Proses pengundian berjalan lancar - SPR Thailand

BANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Proses pengundian di 92, 320 pusat mengundi di seluruh Thailand hari ini berjalan lancar, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand.

Rakyat Thailand berbondong-bondong ke stesen mengundi

BANGKOK,24  Mac (Bernama) – Dengan penuh semangat dan keterujaan ribuan orang berpusu-pusu ke  stesen mengundi di Thailand sejak  sebelum subuh untuk tidak melepaskan peluang melaksanakan hak mereka dalam pilihan raya pertama negera itu sejak rampasan kuasa tentera hampir lima tahun lepas.