Untung bersih BIMB meningkat kepada RM202.5 juta pada Q1 [ 3m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Pentingnya Didikan Keselamatan Internet

Oleh Ainul Huda Mohamed Saaid

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kerajaan perlu memberi kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memadam paparan maklumat berunsur fitnah dan berbaur perkauman di media sosial.

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Nur Izura Udzir berkata langkah itu dapat mengekang kandungan negatif daripada terus berleluasa dalam dunia maya.

Ia juga penting bagi mewujudkan persekitaran penggunaan Internet yang selamat untuk masyarakat khususnya kanak-kanak dan remaja yang juga mudah terdedah kepada kandungan berunsur lucah serta keganasan yang berupaya merosakkan pemikiran mereka.

Bahasa Teras Kekuatan Apa Sahaja Bidang Penulisan - Johan Jaaffar

Oleh Mohamad Letfee Ahmad

KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Secara jujurnya, ini kali pertama saya diwawancara atau ditemu ramah sepanjang tempoh satu jam.”

Demikian kata Tokoh Wartawan Negara 2018, Tan Sri Johan Jaaffar, ketika menjawab soalan pengacara Wan Syahrina dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel.

Kesibukan bekas Pengerusi Media Prima Bhd ini ketika berada pada kemuncak kerjayanya menyebabkan beliau kesuntukan masa untuk melayan permintaan wartawan untuk ditemu bual.

MQA Sokong Dasar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selain berperanan sebagai pengukur standard dan kriteria jaminan kualiti, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga menyokong dasar pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi antara prinsip utama Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Pembelajaran sepanjang hayat, yang merupakan Teras Keenam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, memerlukan mekanisme yang membuka laluan pembelajaran lebih luas bagi pelajar bukan tradisi seperti pengumpulan dan pemindahan kredit serta pengakreditan pengetahuan dan pembelajaran terkumpul.

Mekanisme itu membolehkan seseorang itu memilih laluan pembelajaran yang paling sesuai dan fleksibel dari segi masa dan tempat untuk meningkatkan keupayaan dan kualiti diri.

Berita Tidak Benar Terus Belenggui Rakyat Malaysia

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

CYBERJAYA (Bernama) -- Penipuan melalui Internet termasuk penyebaran berita tidak benar terus menjadi "duri dalam daging" buat rakyat Malaysia apabila semakin ramai diperdaya sehingga menjadi mangsa jenayah siber sejak 2016.  

CyberSecurity Malaysia (CSM) menerusi pusat aduan rasminya Cyber999 mendapati aduan diterima mengikut sembilan kategori jenayah siber iaitu yang berkaitan kandungan, gangguan siber, penafian perkhidmatan, penipuan, pencerobohan, cubaan pencerobohan, kod hasad, spam dan laporan yang lemah atau mudah terdedah kepada ancaman.

Daripada 2,977 jumlah laporan yang diterima bagi tempoh Januari hingga April 2019, aspek penipuan merupakan laporan tertinggi yang diterima iaitu sebanyak 1,963 diikuti kod hasad (390), pencerobohan (339), berkaitan kandungan (100), gangguan siber (88), spam (37), percubaan pencerobohan (34), laporan yang lemah (21) serta penafian perkhidmatan (lima).

Kongsi Kejayaan Bangunkan Tanah Terbiar

Oleh Kurniawati Kamarudin

Mengoptimumkan tanah terbiar agar tidak berlaku pembaziran sumber perlu diperluaskan dalam usaha meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Bahagian akhir daripada empat bahagian isu tanah terbiar ini menjejak pengusaha tanah terbiar yang berjaya dalam bidang pertanian. 

 

TEMERLOH (Bernama) --  Mengusahakan tanah terbiar dengan aktiviti pertanian mempunyai cabarannya yang tersendiri. Selain faktor lokasi yang biasanya jauh daripada jalan utama, keadaan tanah dan ketiadaan sumber air menjadi  punca tanah terbiar sukar untuk dibangunkan.

Penulis melihat sendiri usaha dan cabaran yang dilalui dua orang penduduk Kampung Paya Jejawi (Temerloh) yang mengusahakan pelbagai tanaman atas tanah terbiar milik mereka. 

Bantuan daripada Jabatan Pertanian Malaysia melalui insentif Program Pembangunan Tanah Terbiar  benar-benar membantu meringankan beban yang ditanggung.

Pentingnya Akreditasi MQA

Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah sebahagian daripada strategi penting bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sistem pendidikan tinggi negara. 

Agenda itu direalisasikan dengan memastikan ketelusan, objektiviti dan keadilan serta mengintegrasikan amalan bijak antarabangsa dengan nilai-nilai unik pengajian tinggi Malaysia.

Ia juga bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada seluruh rakyat.

Jabatan Pertanian Bantu Kurangkan Tanah Terbiar

Oleh Kurniawati Kamarudin

Membangunkan tanah terbiar dengan tanaman pertanian menjadi salah satu inisiatif utama Jabatan Pertanian Malaysia. Usaha ini telah digerakkan secara serius lebih 12 tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan sektor pertanian bagi menghasilkan bahan makanan yang mencukupi. 

Bahagian ketiga ini mengupas usaha dan cabaran yang dihadapi Jabatan Pertanian Malaysia.

 

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Menggalakkan pemilik tanah terbiar membangunkan tanah mereka atau membenarkan pihak lain mengusahakannya sudah digerakkan sejak lebih sedekad lalu.

Menyedari  tanah baharu bagi tujuan pertanian kini adalah terhad, Jabatan Pertanian Malaysia mula memberi perhatian dalam membangunkan tanah terbiar bermula Rancangan Malaysia ke-8  (2001-2005).

Langkah lebih serius digerakkan sejak 2007 sebagai satu inisiatif menangani isu pembaziran sumber dengan matlamat membangunkan tanah terbiar, meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan negara di samping mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import.