CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2 [ 3h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Pengundi Tg Piai diingatkan tidak termakan hasutan, main isu perkauman

PONTIAN, 4 Nov -- Pengundi Parlimen Tanjung Piai diingatkan supaya tidak termakan hasutan pihak-pihak tertentu, yang sedang rancak memainkan isu perkauman sehingga menyebabkan hubungan kaum menjadi renggang, terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu pada masa ini.

PRK Tanjung Piai: Dr Mahathir akan turun berkempen

BANGKOK, 4 Nov -- Kem Pakatan Harapan (PH) di kawasan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai akan menerima suntikan semangat baharu tidak lama lagi, susulan persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk turun berkempen bagi calonnya, Karmaine Sardini.

Dakwaan hanya UMNO dan PAS yang jaga kepentingan Melayu satu pendapat yang meleset

PONTIAN, 4 Nov -- Dakwaan pemimpin UMNO kononnya hanya parti itu dan PAS yang akan menjaga kepentingan orang Melayu dan akan menjadi ‘jurucakap’ orang Melayu adalah satu pendapat yang meleset, kata Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini.

Amanah akui PH hadapi tentangan sengit di Tanjung Piai - Mohamad Sabu

KOTA BHARU, 3 Nov  -- Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui Pakatan Harapan (PH) berhadapan tentangan sengit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kerana yakin akan ada pihak yang memainkan isu perkauman untuk meraih undi.

Pemilihan PKR cabang Tanjung Manis ditangguh berikutan notis injunksi

SARIKEI, 3 Nov -- Pemilihan PKR Cabang Tanjung Manis yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini ditangguhkan selepas satu notis injunksi daripada mahkamah disampaikan kepada kepada wakil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) jam 10.12 pagi hari ini.

TPM Wan Azizah bantu kempen PH pada hari pertama kempen PRK Tg Piai

PONTIAN, 2 Nov -- Hari pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai,  jentera Pakatan Harapan (PH) menerima suntikan semangat dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang membantu kempen mereka.

Malaysia mampu jadi 'harimau baharu' sekiranya rakyat terus sokong PH - Muhyiddin

PONTIAN, 2 Nov -- Malaysia akan terus dibangunkan semula sehingga menjadi 'harimau baharu' sekiranya rakyat kekal memberi sokongan dan peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara ini, kata Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin.