DUNIA > BERITA

Mahkamah Thailand Bubar Parti Pembangkang Utama Kerana Gugat Sistem Politik

07/08/2024 08:01 PM

BANGKOK, 7 Ogos (Bernama-Sputnik) -- Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Rabu memutuskan untuk membubarkan parti pembangkang utama, Parti Move Forward, kerana "menggugat sistem politik monarki berperlembagaan" dalam tindakannya, menurut Sputnik.

Keputusan itu dibacakan oleh panel hakim Mahkamah Perlembagaan yang mendengar kes berkenaan dan disiarkan secara langsung oleh penyiar Thai, Thairath TV.

“Dalam kebimbangan politik yang ditimbulkan dalam kempen pilihan raya 2023, dalam ucapan pemimpin utama parti yang menggesa percubaan selepas pilihan raya untuk membincangkan di parlimen perubahan kepada undang-undang Thailand yang melindungi status monarki dan sistem politik monarki berperlembagaan, Parti Move Forward telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap monarki Thailand dan mencipta sentimen yang menggugat dalam  kalangan rakyat terhadap sistem politik monarki berperlembagaan Thailand," kata keputusan mahkamah itu.

Mahkamah juga memutuskan bahawa kepimpinan parti itu dilarang daripada melibatkan diri dalam aktiviti politik selama 10 tahun.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan