BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 BELANJAWAN 2024 > BERITA

Shenzhen Terima Kumpulan Pertama Durian Segar Malaysia

28/08/2024 03:16 PM

SHENZHEN, 28 Ogos (Bernama-CMG) -- Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an pada 3.09 pagi Isnin.

Kastam Shenzhen mengambil pelbagai inisiatif untuk memudahkan penghantaran bekalan berkenaan, antaranya termasuk perisytiharan kastam dilakukan lebih awal dan urusan berkaitan kutip tarif dipermudah.

Langkah sokongan turut diperkenal bagi memastikan prosedur pemeriksaan dan pelepasan kastam dilakukan dengan cepat selepas bekalan durian tiba di pintu sempadan.

Inisiatif berkenaan membolehkan durian segar diimport dari Malaysia terus sampai ke meja pengguna tempatan.

Penghantaran itu dilakukan selaras Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China yang dimeterai kedua-dua negara pada Jun.

Kini, jumlah keseluruhan perbelanjaan pasaran durian di China mencecah kira-kira 50 bilion yuan (RM30.45 bilion) saban tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sehingga 20 peratus.

-- BERNAMA-CMG

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan