Polis Rampas Beg Tangan Tiruan Bernilai Lebih RM88,000 Cuba Diseludup Dari Negara Jiran

14/10/2024 04:41 PM

KOTA BHARU, 14 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan merampas 590 unit beg tangan pelbagai jenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM88,500 dipercayai cuba diseludup dari negara jiran, dalam Ops Taring wawasan Kelantan, dekat Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata beg-beg itu dikesan selepas pihaknya memeriksa sebuah lori yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Pasir Mas, pada 6.20 petang.

Beliau berkata dua suspek berumur 31 dan 30 tahun yang ditahan itu dipercayai menjadi penghantar bagi menyeludup beg tangan tiruan berkenaan ke pasaran tempatan.

"Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagang 2019 manakala suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan