PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

22/08/2024 07:40 PM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup positif hari ini, mencerminkan aliran meningkat dalam pasaran tunai.

Kontrak Ogos 2024 menambah 7.0 mata kepada 1,637.5, September 2024 naik 7.5 mata kepada 1,617.5, Disember 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,623.5 dan Mac 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,611.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 5,041 lot daripada 7,688 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka susut kepada 49,407 kontrak daripada 52,143 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 6.34 mata kepada 1,641.66 daripada 1,635.32 semalam.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan