Terdapat 1669 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak "

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kelemahan Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kelemahan yang dialami pasaran minyak kacang soya Chicago, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Comex AS

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran Comex Amerika Syarikat berikutan pengukuhan dolar AS memberi kesan kepada harga emas.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Unit Steel Hawk Peroleh Empat Kontrak Bernilai RM41.3 Juta Bagi Kerja Berkaitan TNB

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB), memperoleh empat kontrak bernilai RM41.3 juta keseluruhannya bagi kerja-kerja infrastruktur elektrik berkaitan dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

GDB Raih Kontrak Infrastruktur Bernilai RM121.4 Juta Daripada Bina Muhibbah Permajaya

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak infrastruktur berjumlah RM121.4 juta bagi dua projek Bina Muhibbah Permajaya Construction Sdn Bhd.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan permintaan eksport yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Desatera Bakal Umum Pelan Pengembangan Perniagaan Baharu Pada Jun

BANGI, 29 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan makanan dan sokongan, Desatera Sdn Bhd sedang membangunkan inisiatif pengembangan besar-besarannya dengan hala tuju perniagaan baharu akan diumumkan pada Jun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Feizal Nor Nurbi.

Niaga Hadapan Emas Meneruskan Kenaikan Berikutan Permintaan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan keuntungan yang dicatatkan dalam niaga hadapan emas Comex AS apabila pelabur terus beralih kepada aset selamat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penyusutan kadar asas pasaran tunai.

Anak Syarikat MCE Holdings Peroleh Kontrak Bekalan Proton Bernilai RM37.9 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Anak syarikat MCE Holdings Bhd (MCE), iaitu Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd dan MCE Hengtuo Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM37.9 juta daripada pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton). 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan dalam minyak kacang soya.