Terdapat 278 berita berdasarkan kata kunci carian "makroekonomi"

Ringgit Mengukuh, Aliran Masuk Sokong Daya Tahan Pasaran Bon Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran bon Malaysia terus menunjukkan daya tahan dalam persekitaran ketidaktentuan global, disokong oleh pengukuhan ringgit dan aliran masuk asing yang mampan, menurut CIMB Treasury and Markets Research.

Syor ADB Mengenai Kemudahan US$30 Bilion Antara Hasil Mesyuarat AFMGM Ke-13 -- MOF

PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN ke-13 (AFMGM) menyambut baik cadangan Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai kemudahan bernilai US$30 bilion (RM141 bilion) bagi tempoh 2026 hingga 2030 untuk menyokong pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan dan Visi Komuniti ASEAN 2045.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Malaysia Mampu Tangani Ketidaktentuan Global Susulan Asas Ekonomi Kukuh

BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.

Ringgit, Mata Wang Serantau Ditutup Rendah, Pelabur Tumpu Data AS, Perkembangan Asia Barat

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ringgit dan mata wang serantau lain didagangkan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa memandangkan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada konflik di Iran serta krisis tenaga global.

Bursa Malaysia Pulih Untuk Ditutup Tinggi Dipacu Minat Belian Saham Terpilih

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu minat belian dalam kaunter penjagaan kesihatan, utiliti dan perbankan.

Penetapan Upah Antara Majikan Dengan Pekerja Perlu Diperkukuh, Tingkat Pendapatan Bermakna

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memantapkan institusi yang membentuk penetapan upah antara majikan dengan pekerja bagi meningkatkan pendapatan secara bermakna dan mengukuhkan kuasa beli.

Sistem Perbankan Dijangka Kekal Berdaya Tahan Berdasarkan Senario Ujian Tekanan - BNM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun di bawah keadaan makroekonomi yang buruk berdasarkan andaian senario ujian tekanan, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Sektor Pengguna Malaysia Kekal Berdaya Tahan Didorong Perbelanjaan Stabil, Sokongan Fiskal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Sektor produk pengguna Malaysia dijangka terus menyediakan daya tahan dan keterlihatan pendapatan, disokong oleh penggunaan domestik yang stabil dan sokongan fiskal yang berterusan, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi disokong Saham Wajaran Tinggi 

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini, disokong oleh peningkatan kukuh dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh sektor penjagaan kesihatan dan pembinaan, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang secara keseluruhannya positif.

Malaysia Melindungi Ekonomi Domestik Menerusi Subsidi Bersasar - Ahli Ekonomi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kerangka subsidi bersasar dan disiplin dasar Malaysia terbukti berkesan melindungi ekonomi negara daripada kesan kejutan harga tenaga akibat konflik di Asia Barat.

Prospek Sektor Penjagaan Kesihatan Kekal Positif Walaupun Kekurangan Kakitangan

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pendirian positif terhadap sektor penjagaan kesihatan di Malaysia walaupun terdapat kekurangan kakitangan perubatan.