4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan PT Bathi Rakyat Abadi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas rangkaian kerjasama dalam penyelesaian kewangan patuh syariah.
4bulan ago
KUCHING, 14 Ogos (Bernama) -- Inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Sarawak Business Angel Sarawak (SBAN), hari ini telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Malaysian Business Angel Sarawak (MBAN) untuk mengukuhkan ekosistem pelaburan mangkin di negeri ini.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- MIMOS Services Sdn Bhd (MSSB), cabang komersial MIMOS Bhd akan menerajui beberapa siri inisiatif strategik yang bertujuan memajukan sektor semikonduktor dan teknologi tinggi di Bangladesh.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) dan Talent Corporation Malaysia Berhas (TalentCorp) telah memeterai memorandum pemahaman untuk meningkatkan kebolehpasaran serta sokongan pembangunan bakat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
4bulan ago
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.
4bulan ago
OSAKA (Jepun), 9 Ogos (Bernama) -- Malaysia yakin mampu mencapai sasaran potensi pelaburan berjumlah RM13 bilion menerusi penyertaan di Expo 2025 Osaka, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.
4bulan ago
SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Komitmen syarikat penyahgaraman air terbesar dunia, ACWA Power memilih Malaysia sebagai hab utama di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Negara anggota ASEAN akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan Grid Tenaga ASEAN semasa Mesyuarat Tenaga blok ini pada Oktober ini.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meneroka penggunaan sisa pertanian dalam menghasilkan gentian nano selulosa untuk aplikasi kejuruteraan lanjutan untuk penggunaan pasaran perindustrian dan akhir.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Alpha Ocean Resources Bhd (AORB) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Datuk Bandar Kota Kinabalu bagi cadangan projek pemulihan melibatkan pembangunan pelabuhan pendaratan perikanan laut dalam dan tuna, infrastruktur pelancongan marin dan hospitaliti.