Terdapat 283 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia "

Saham Public Bank, LPI Capital Disambung Semula Dagangan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd (Public Bank) dan LPI Capital Bhd (LPI Capital) akan disambung semula dagangan berkuat kuasa 9 pagi esok, menurut makluman berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.

Top Glove Kurangkan Kerugian Bersih Kepada RM61.81 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berjaya mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM61.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 daripada RM925.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data bulan September Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) esok, kata seorang peniaga.

SkyWorld Bekerjasama Dengan PR1MA Bina Rumah Mampu Milik Di Brickfields

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, Aspirasi Cekap Sdn Bhd (ACSB) memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk membina rumah mampu milik.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bulan September pada malam ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah hari ini susulan pendekatan berhati-hati pelabur yang menjejaskan pasaran di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam keadaan penurunan harga minyak mentah dan ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata penganalisis.