11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd (KAB) sedang meneroka sektor pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan pengambilalihan kepentingan sebanyak 47.5 peratus bernilai RM35 juta dalam Jati Cakerawala Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Pesaka Ventures Sdn Bhd (PVSB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Malaysia telah memulakan siasatan anti-lambakan ke atas gegelung/kepingan keluli bergalvani yang dieksport dari China, Korea Selatan dan Vietnam, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- AmInvestment Bank Bhd menjangkakan perbelanjaan modal (capex) yang lebih kecil iaitu kira-kira US$500 juta untuk kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Medan Sepat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini, dengan sebahagian besarnya diperuntukkan bagi menaik taraf loji, peningkatan kapasiti “stamping” atau tekan tera, pembangunan model baharu dan perkakasan.
11bulan ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat sebanyak 4.6 peratus bagi Disember 2024, dipacu oleh pengembangan dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Jumaat, dipacu minat belian berterusan dalam saham mewah terpilih yang didahului oleh kaunter utiliti dan perbankan, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Jenama makanan laut sejuk beku Subi yang bertapak sejak 1998, kini menampilkan penjenamaan semula bagi tujuh produknya yang seiring keinginan pengguna moden yang sentiasa berubah.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) – Kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan bahawa negara ini dijadikan transit dalam penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke China, malah menegaskan komited terhadap pematuhan kawalan eksport antarabangsa yang bersifat pelbagai hala.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari kedua berturut -turut selepas didorong oleh jangkaan output yang lebih lemah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Securities Bhd telah menolak permohonan Scomi Energy Services Bhd untuk lanjutan masa bagi penyerahan pelan penyusunan semulanya.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menyasar pertumbuhan hasil meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripada RM77.97 juta pada tahun sebelumnya.