8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Syarikat multinasional antarabangsa yang melabur di Malaysia digalakkan untuk bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM1.59 bilion jaminan pembiayaan telah diluluskan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terlibat dalam ekonomi hijau, teknologi tinggi dan bidang halal daripada keseluruhan dana jaminan bernilai RM20 bilion yang diperuntukkan.
8hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengeluaran dan paras stok yang lebih rendah di Malaysia dan Indonesia, kata seorang peniaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Sebanyak sebelas Misi Penggalakan Pelaburan (TIM) termasuk enam lawatan rasmi yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh Januari sehingga September 2024 telah menghasilkan potensi pelaburan berjumlah RM82.6 bilion.
8hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri runcit dijangka pulih menjelang hujung tahun ini selepas mengalami pertumbuhan pasaran yang lemah dalam dua bulan kebelakangan ini, kata Malayan United Industries Bhd (MUI Group).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM92.74 juta pada suku kedua (S2) berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM41.57 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Amanah pelaburan hartanah (REIT), CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) setakat ini meraih pinjaman berkaitan kemampanan berjumlah RM752 juta.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- AMB Connect melalui Platform Pendanaan Ramai Ekuiti Islam berusaha menyediakan penyelesaian kewangan yang mematuhi kepercayaan dan ketelusan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpul modal dan mengemudi cabaran pembiayaan tradisional.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipacu minat belian baharu susulan ketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu.
8hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov depan telah menjejaskan mata wang tempatan.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) akan meluluskan cadangan untuk menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).