Terdapat 484 berita berdasarkan kata kunci carian " pinjaman"

Pelan Subsidi RON95 Beri Manfaat Majoriti, Kurangkan Tekanan Inflasi - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.

Langkah Fiskal Baharu Kerajaan Tumpu Kebimbangan Rakyat - Bank Pelaburan

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Langkah fiskal yang diumumkan kerajaan semalam dilihat sebagai langkah positif untuk menangani isu yang menjadi kebimbangan rakyat iaitu kenaikan kos sara hidup.

CGC Tingkat Ciri Pembiayaan Skim BizJamin MTC, BizJamin-i MTC Sokong Syarikat Pertengahan 

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah menambah baik ciri pembiayaan di bawah skim BizJamin MTC dan BizJamin-i MTC yang kini membolehkan syarikat pertengahan (MTC) memohon pinjaman berjumlah RM1 juta hingga RM5 juta.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada US$120.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025.

CLMT Optimis Prospek Separuh Kedua, Namun Berhati-hati Impak SST, Tarif Tenaga Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.

Capitaland Catat Untung Bersih Lebih Tinggi Pada Suku Kedua Sebanyak RM35.07 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Untung bersih CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) naik kepada RM35.07 juta bagi suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025 daripada RM33.47 juta pada suku yang sama tahun lepas.

SKP Akan Laksana Rangka Kerja Kawal Selia BNPL Secara Menyeluruh Dan Mampan - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan melaksanakan rangka kerja kawal selia bagi skim 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) secara menyeluruh dan mampan bagi memastikan rakyat tidak terjerumus ke dalam kancah hutang, sekali gus membawa kepada peningkatan muflis.

Kerajaan Dicadang Tubuh Agensi Kepercayaan Kredit, Kawal Selia Kelayakan Peminjam Wang

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kerajaan disyor untuk menubuhkan sebuah agensi kepercayaan kredit atau kredit skor bagi mengawal selia kelayakan pengguna untuk membuat pinjaman wang.

Jumlah Transaksi BNPL Meningkat Kepada 102.6 Juta Pada Separuh Pertama 2025 - Lim

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Jumlah bilangan transaksi 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian' (BNPL) meningkat kepada 102.6 juta transaksi pada separuh pertama tahun ini daripada 83.8 juta transaksi pada separuh kedua 2024. 

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.

Infomina Lancar Platform Penilaian Hartanah Digital Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) – Infomina Bhd, syarikat penyedia penyelesaian teknologi memperkenalkan ValuationXchange, platform penilaian hartanah digital pertama di Malaysia yang diiktiraf industri, melalui kerjasama strategik dengan Geolytik Tech Sdn Bhd.