Terdapat 49 berita berdasarkan kata kunci carian " industri pembinaan"

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Berkembang 9.6 Peratus Pada 2025 - BMI

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) - Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang 9.6 peratus tahun ke tahun pada 2025, dipacu oleh sektor bangunan, kata BMI, anak syarikat Fitch Solutions.

Petronas Iktiraf Kepentingan Industri OGSE, Komited Perkukuh Ekosistem

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf kepentingan industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kukuh dan komited untuk memperkukuh ekosistem melalui peningkatan perkongsian.

Kerajaan Bangunkan Dasar, Teroka Platform Pemerdagangan Kredit Karbon Biru

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan membangunkan dasar atau garis panduan dan meneroka platform pemerdagangan kredit karbon biru sebagai langkah memperkasa ekonomi biru negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Projek Pembinaan Di Bawah RMK-13 Tumpu Penggunaan Teknologi Moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

Topcon Lancar Hab Latihan Pertama Asia Tenggara Di Shah Alam

SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Topcon Positioning Asia (Malaysia) Sdn Bhd (Topcon Malaysia) telah melancarkan pusat latihan pertamanya di Asia Tenggara, iaitu Pusat Latihan Topcon Malaysia (TMTC), satu pelaburan strategik bagi memacu transformasi digital dalam sektor pembinaan dan infrastruktur di rantau ini.

Jerayawara Vendor Beri Peluang Kerjasama Baharu Di Lapangan Terbang - Malaysia Airports

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.

RMK13 Tumpu Pembangunan Pelabuhan, Industri Perkapalan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri strategik dalam ekonomi biru yang mampan dan berdaya saing dengan fokus merangkumi hab perikanan bersepadu, pelancongan pantai dan maritim, teknologi berasaskan bio biru serta hab ekonomi biru di Sabah.

Pertumbuhan KDNK Tahunan Diunjurkan 4.0 Hingga 5.0 Peratus Bagi Tempoh RMK13 - MBSB Investment

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dijangka menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan pada kadar 4.0 hingga 5.0 peratus setahun dari 2026 hingga 2030, menurut MBSB Investment Bank.

Sadhana Tawar Khidmat Pakar Bagi Roboh Bangunan Dan Kitar Semula Bahan Terpakai

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Sadhana Demolition & Engineering Sdn Bhd (Sadhana) boleh menjadi rakan kongsi yang sesuai bagi syarikat yang mahu membuat pelaburan baharu, melancarkan loji pembuatan atau menutup operasi di Malaysia. 

Sektor Pembinaan Sasaran Utama Ancaman ICS Di Asia Tenggara - Kaspersky

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Industri pembinaan di rantau Asia Tenggara dijangka mengalami pertumbuhan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 6.2 peratus daripada 2024 hingga 2028, menurut Kaspersky.

CIDB: ICW-BuildXpo 2025 Kembali Ke MITEC Selepas Kemunculan Sulung Di Borneo

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) ke-27 & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober, 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pelaburan Diluluskan Malaysia Pada Suku Pertama 2025 Bukti Ketahanan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.