7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan unjuran kadar faedah AS yang masih tidak menentu serta tindakan Donald Trump yang meningkatkan perang perdagangannya dengan dunia melalui lebih banyak pengumuman tarif.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) - Malaysia bersedia memainkan peranan penting dalam mengubah sektor perkhidmatan di rantau ini dengan menjadi tuan rumah Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa ASEAN (AIFTIS) yang julung kali diadakan pada 17-18 November, 2025.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks mencatat 134.9 berbanding 133.2 bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pakar menggesa agar perkongsian ekonomi ASEAN dengan Korea Selatan yang menjadi rakan dialog blok itu pada 1991, diperluas dan melangkaui kerangka tradisional dalam senario realiti geopolitik dan ekonomi masa kini, termasuk membabitkan aspek keselamatan serta kestabilan jangka panjang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah rasionalisasi RON95 yang menetapkan harga bahan api itu kepada RM1.99 daripada RM2.05 seliter bermula 30 Sept, 2025, dijangka dapat mengekang tekanan inflasi selain menjana pertumbuhan, kata OCBC Global Markets Research.
7bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar dijangka berupaya mengukuhkan kedudukan fiskal Malaysia sambil memastikan bantuan sampai kepada rakyat, kata ahli ekonomi.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Korea Selatan (ROK) perlu menggerakkan kerjasama mereka melangkaui petunjuk ekonomi tradisional serta memberikan tumpuan pada autonomi strategik jangka panjang dan daya tahan digital.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Inisiatif penjenamaan makanan Taiwan, Taiwan Select, melancarkan pameran eksklusif menampilkan 40 jenama terkenal dari Taiwan dengan lebih 300 produk di pasar raya antarabangsa The Food Merchant di Pavilion Bukit Jalil, bermula hari ini sehingga 31 Dis, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Pengeluaran getah asli meningkat sebanyak 36.7 peratus pada Julai 2025 kepada 35,884 tan berbanding 26,249 tan pada Jun 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Julai 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM156.4 bilion, dengan pertumbuhan lima peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).