5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,530 disokong oleh optimisme terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta lonjakan sentimen positif susulan pengumuman Perdana Menteri semalam.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Sektor pusat data Malaysia yang berkembang pesat kini memasuki fasa penyatuan iaitu satu perkembangan semula jadi yang turut diperhatikan di pasaran yang lebih matang, kata firma hartanah komersial global, JLL.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutamanya makanan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa bulan ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Firma penyelidikan menyemak semula unjuran inflasi utama Malaysia bagi 2025 dengan menurunkannya kepada 1.5 peratus hingga 1.8 peratus.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM78.66 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding keuntungan bersih berjumlah RM67.12 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia susut 0.34 peratus ketika ditutup pada Selasa, penurunan hari kedua berturut-turut berikutan kekurangan sokongan belian dan ketiadaan petunjuk kukuh daripada indeks serantau utama yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) optimis terhadap prospeknya bagi separuh kedua 2025, disokong oleh pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran sedang menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah fiskal pada minggu ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan inisiatif yang bakal diumumkan sebagai "penghargaan luar biasa" bagi meringankan tekanan kos sara hidup, kata CIMB Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.
6bulan ago
LABUAN, 18 Julai (Bernama) -- Kebangkitan era perdagangan digital menjadi tumpuan untuk 80 usahawan tempatan di pulau bebas cukai ini apabila mereka berkumpul hari ini untuk menghadiri Bengkel TikTok Shop yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan.