3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN harus melakukan pembaharuan struktur untuk mengukuhkan pasaran modal swasta dan menguatkuasakan peraturan terhadap halangan bukan tarif (NTB) jika ia mahu kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak.
3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Selasa berikutan kekurangan pemangkin tetapi jumlah dagangan yang meningkat sedikit membantu mengekalkan indeks utama melepasi paras 1,600 mata.
3bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter wajaran tinggi dalam sektor pembinaan, utiliti dan perkhidmatan kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia harus menempatkan semula kedudukannya sebagai negara teknologi dengan menjadi pencipta teknologi dan bukannya pengguna semata-mata, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada model pelaburan langsung asing (FDI), sebaliknya perlu memperkukuh pelaburan dalam syarikat teknologi tempatan demi menjamin masa depan ekonomi serantau.
3bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar dijangka berupaya mengukuhkan kedudukan fiskal Malaysia sambil memastikan bantuan sampai kepada rakyat, kata ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pelabur asing masih menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas, meneruskan pembelian bersih selama dua minggu berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM492.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Industri perbankan telah berikrar untuk menyalurkan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada masyarakat di Sabah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah pada Jumaat disebabkan minggu dagangan yang singkat minggu ini, di bawah paras psikologi 1,600 mata susulan ketiadaan petunjuk kukuh.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- FBG Holdings Bhd, syarikat kontraktor siap guna dan pemaju hartanah bercadang untuk melaksanakan terbitan hak boleh lepas dengan waran untuk mengumpul dana bagi projek utama syarikat iaitu Medi-City.