Terdapat 421 berita berdasarkan kata kunci carian " sarawak "

Maybank Aktifkan Bantuan Kewangan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas Di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.

Pulau Pinang Kekal Pengeksport Utama Bagi Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 38.0 peratus daripada jumlah eksport negara, demikian menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kepengerusian ASEAN: PETRA Pacu Agenda Tenaga, Rapatkan Jurang & Bina Kemakmuran

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan tema mesyuarat sektor tenaga ASEAN 2025 iaitu “Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity”.

Malaysia Serlah Kewibawaan Sebagai Pengerusi ASEAN Di WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.

Unit Cahya Mata Sarawak Sasar Pengeluaran Klinker Berganda Melalui Kemudahan Baharu

KUCHING, 23 Jan (Bernama) -- Cahya Mata Cement Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Cahya Mata Sarawak Bhd menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran klinker menerusi pembangunan kemudahan baharu, Clinker Line 2 di Mambong di sini.

WEF 2025: Syarikat Australia Setuju Melabur Dalam Tenaga Alternatif Hidrogen Hijau Di Sarawak - Perdana Menteri

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.7 Peratus Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Unit Pansar Raih Kontrak Pembinaan Lebuh Raya Bernilai RM477.69 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

SEZ Johor-Singapura, Eratkan Lagi Integrasi Dalam ASEAN – PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.

Sarawak Oil Palms Sasar Perolehan RM1.5 Juta Menerusi Jualan Produk AvantHealth Di China

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sarawak Oil Palms Bhd menyasarkan perolehan RMB2.4 juta (RM1.5 juta) apabila produk utama mereka, AvantHealth Avtriee Tocotrienols, mula dipasarkan di pasaran China.