5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$120.61 bilion (US$1 = RM4.23) manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.21 bilion pada akhir Jun 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan ketidaktentuan mengenai potensi penurunan kadar faedah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pasaran kopi domestik Malaysia bernilai US$1.05 bilion (US$1 = RM4.23), dengan lebih daripada 6,400 kafe beroperasi di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka mencapai 3.0 peratus pada 2025 dan 3.1 peratus menjelang 2026, di atas jangkaan rujukan dalam Unjuran Ekonomi Dunia (WEO) April 2025, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Julai 2025 yang dikeluarkan hari ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd (DXN) menyusut 13.6 peratus kepada RM73.91 juta pada suku pertama berakhir 31 Mei, 2025 (S1 TK2026) daripada RM85.56 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas susulan kerugian pertukaran asing (forex) yang didorong oleh pengukuhan ringgit.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran positifnya terhadap perbelanjaan pengguna di Malaysia bagi tempoh sepanjang 2025 dengan prospek makroekonomi negara yang sihat menjadi pemacu pertumbuhan sebenar dalam pendapatan isi rumah.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa komuniti perniagaan Malaysia yang beroperasi di Kemboja supaya bertenang dan mengambil langkah proaktif susulan ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand.