11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kurangnya pelaburan serta berlaku peningkatan kos modal untuk pembangunan gas akan membahayakan keterjaminan tenaga selain melemahkan keupayaan industri untuk menyediakan tenaga mampu milik, boleh dipercayai dan lestari kepada orang ramai, kata Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) Li Yalan.
11bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan melebihi RM2.6 bilion.
11bulan ago
JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) --Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030 berbanding 377 stesen pada masa ini.
11bulan ago
SINGAPURA, 11 Feb (Bernama) -- Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye secara bersama menzahirkan pengiktirafan terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang telah berkuat kuasa sejak 2015.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pertemuan antara kerajaan dan Arm Limited membuktikan bahawa dasar yang jelas seperti Strategi Semikonduktor Nasional serta lain-lain kelebihan negara terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 7 Feb (Bernama) -- Universal Serviced Offices (USO), penyedia pejabat perkhidmatan yang berpangkalan di Labuan, mengumumkan pengembangan terbarunya melalui kemudahan baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur.
11bulan ago
Oleh Mohd Noor Iqram Rosli
KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Jenama makanan laut sejuk beku Subi yang bertapak sejak 1998, kini menampilkan penjenamaan semula bagi tujuh produknya yang seiring keinginan pengguna moden yang sentiasa berubah.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menyasar pertumbuhan hasil meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripada RM77.97 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Citaglobal Bhd (Citaglobal) menerusi anak syarikat milik penuhnya Sinergi Dayang Sdn Bhd (Sinergi Dayang) membeli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Maybank mengulangi komitmennya untuk membantu individu yang terjejas serta pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui program Bantuan Kewangan Banjir berikutan hujan lebat dan banjir yang melanda Sarawak dan Sabah baru-baru ini.