25hari ago
VIENTIANE, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menggariskan tiga strategi utama untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi ASEAN memandangkan pengembangan global dijangka menjadi lemah dalam keadaan inflasi yang tidak menentu, peningkatan ketegangan geopolitik dan juga pemecahan geoekonomi.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penggunaan media sosial dan kesan pempengaruh di Malaysia adalah lebih rendah daripada kadar purata serantau, menurut laporan penyelidikan bertajuk "Pemasaran pempengaruh E-dagang di Asia Tenggara".
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh sentimen positif berikutan berakhirnya mogok pekerja dok di Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan bulanan AS yang lebih baik daripada jangkaan, kata penganalisis.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Nihon M&A Centre Holdings menubuhkan anak syarikat pengurusan dana ASEAN to Global Capital (AtoG Capital) untuk menyokong pengembangan syarikat Jepun ke rantau Asia Tenggara.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
27hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Timur Tengah.