14hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia, selepas lima minggu berturut-turut mencatatkan jualan, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
17hari ago
Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu yang singkat ini dengan prestasi yang positif pada Khamis apabila indeks utama naik 0.55 peratus berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah serta sentimen pasaran yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.
18hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup dalam wilayah positif hari ini apabila indeks utama itu naik 0.36 peratus disokong sentimen optimis menyeluruh yang tercetus berikutan perkembangan positif di Timur Tengah dan peningkatan pasaran utama serantau, kata seorang penganalisis.
18hari ago
LABUAN, 25 Jun (Bernama) - Pemaju pembangunan bercampur terbesar Labuan, Financial Park (Labuan) Sdn Bhd, sedang memulihkan semula Block 5 Tower dengan mengubahnya menjadi bangunan pejabat moden bagi meningkatkan lagi tawaran hartanah komersial di pulau itu.
19hari ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.15 peratus berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih, walaupun prestasi pasaran utama serantau mencatat sentimen lebih baik, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bagi minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM510.6 juta berbanding RM620.6 juta pada minggu sebelumnya, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
22hari ago
KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk langganan umum.
23hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan mencatat kenaikan kecil susulan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan yang memacu indeks petunjuk utama, kata penganalisis.
24hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.