Terdapat 102 berita berdasarkan kata kunci carian " ihp"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat selepas kemerosotan dolar US susulan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah.

Ringgit Kekal Stabil Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta mengukuh berbanding mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini, ketika pelabur menunggu pengumuman data penting Indeks Harga Pengguna (IHP) AS, lewat malam ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Jangkaan Penurunan Kadar AS

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Khamis, sejajar dengan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi dicatatkan lemah.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Laporan Inflasi AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, menjelang laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan minggu ini.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.

Ekonomi Kekal Kukuh Tatkala OPR Tidak Berubah Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) --  Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

IHPR Malaysia Catat Penurunan Perlahan 3.8 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan penurunan yang lebih perlahan sebanyak 3.8 peratus pada Julai 2025 berbanding kemerosotan 4.2 peratus dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Diunjur Kekal Stabil, Pengurangan Subsidi Beri Impak Terhad

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (Public IB) hari ini mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan bagi 2025 pada kadar 1.9 peratus tahun ke tahun manakala CIMB Securities Sdn Bhd menurunkan unjurannya dengan kedua-duanya menjangkakan langkah pengurangan harga bahan api yang dirancang memberi impak yang terhad.

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai 2025

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringgit Ditutup Rendah Menjelang Pendedahan Minit-Minit Mesyuarat FOMC Minggu Ini

KUALA LUMPUR, `18 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US hari ini menjelang pendedahan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam minggu ini.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Dolar AS Terus Melemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh minggu ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kelemahan berterusan dolar AS susulan Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS lebih tinggi daripada jangkaan pada Julai gagal memberikan sokongan berkekalan kepada mata wang itu.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam persekitaran sentimen pelabur berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini dan mata wang Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.