7hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Platform yang memupuk inovasi, keterangkuman dan pertumbuhan mampan, seperti TikTok, menyokong usaha Malaysia dalam membangunkan masyarakat dipacu secara digital, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.
8hari ago
GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
9hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia untuk 2026 kepada 4.9 peratus daripada 4.1 peratus.
13hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Projek-projek pusat data dijangka kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama untuk sektor pembinaan Malaysia, disokong oleh pengembangan hiperskala, pelaburan yang semakin meningkat dalam infrastruktur digital dan lonjakan keperluan tenaga, menurut MBSB Bank Investment Bhd (MBSB IB).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) melancarkan dana pembangunan hartanah bernilai RM1.25 bilion dikenali sebagai New Economy Venture (NEV) bagi melabur dalam projek pusat data berkonsepkan bina mengikut keperluan penyewa dan untuk disewa serta pembangunan perindustrian dan logistik dalam rangkaian perbandaran utama syarikat itu di Malaysia.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).