Terdapat 269 berita berdasarkan kata kunci carian " pertanyaan"

Malaysia Runding Terma MoU Tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia sedang berunding terma-terma yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MOU) berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS) bagi mengharmonikan terma-terma berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan UMA Kepada Greentronics Technology

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Greentronics Technology Bhd berikutan penyusutan ketara harga sahamnya, dengan peningkatan jumlah dagangan hari ini.

PNB Belum Buat Keputusan Berkaitan Tawaran Sunway Beli Kepentingan Dalam IJM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengesahkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan Tawaran Am Sukarela (VGO) oleh Sunway Bhd untuk membeli kepentingan PNB dalam IJM Corporation Bhd.

Malaysia Raih Penurunan Konsisten Ketidaksamarataan Pendapatan - Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia menunjukkan penurunan yang konsisten dalam jurang agihan pendapatan berdasarkan pelbagai indeks dan petunjuk ekonomi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Malaysia Terus Teroka Peluang Perdagangan Baharu Dengan Negara Berpotensi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus meneroka peluang pasaran dan perdagangan baharu secara agresif dengan kalangan negara berpotensi di samping mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MOF Teliti Kesesuaian Pengeluaran Caruman KWSP Untuk MHIT - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.

Kerajaan Komited Pastikan Penyasaran Subsidi Tidak Bebankan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited  memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.

LHDN Rangka Strategi Lebih Adil Agih Bayaran Balik Cukai, Utamakan PMKS

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Angka Ekonomi Positif Berjaya Perkukuh Kedudukan Ringgit - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Angka ekonomi yang positif berjaya memperkukuh kedudukan dan nilai ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Catat Jualan Eksport RM45.4 Bilion Daripada Misi Perdagangan Perdana Menteri 2025

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jualan eksport sebanyak RM45.4 bilion daripada hasil lawatan dan misi perdagangan Perdana Menteri ke luar negara pada 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Digital Bangunkan MyIKD Bagi Perkukuh Keterangkuman Digital -- Gobind

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.

Bayaran Balik Cukai 2025 Catat Bayaran Tambahan RM7.5 Bilion Berbanding RM4 Bilion Diumum Sebelum Ini

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.