Terdapat 33 berita berdasarkan kata kunci carian " rangsangan china"

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Ringgit Ditutup Pada 4.12, Paras Tertinggi Dalam Tempoh 39 Bulan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Catat Sedikit Penurunan Selepas Kenaikan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan, Dalam Persekitaran Prospek Berhati-hati Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia sekali lagi ditutup rendah pada Jumaat disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur bursa serantau lain, kata seorang penganalisis. 

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Positif Pasaran Serantau

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan pengumuman pakej rangsangan oleh China untuk merancakkan ekonominya. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Disokong Oleh Langkah Rangsangan China

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.