3hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia mampu memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ASEAN dengan bekerjasama rapat bersama Filipina selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, bagi memajukan inisiatif strategik serantau, kata bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
3hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 6 Mei (Bernama) -- ASEAN sedang meneliti penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan daya tahan rantau ini dalam mendepani ketidaktentuan global, kata Timbalan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Filipina Allan Gepty.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pembinaan lebuh raya terus menjadi pemangkin penting kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui penjanaan pekerjaan, pengukuhan rantaian bekalan serta pembukaan peluang perniagaan, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
4hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan Netherlands, Pusat Penggalakan Import dari Negara Membangun (CBI) untuk mempertingkatkan keupayaan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
4hari ago
KEPALA BATAS, 5 Mei (Bernama ) -- Marriott International menjalin kerjasama dengan Maritime Waterfront Suites Sdn Bhd bagi menukar nama tempat peranginan Bertam Resort kepada The Bertam yang akan membuka lembaran baharu sektor hospitaliti di Seberang Perai, Pulau Pinang.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memperoleh kelulusan pemegang saham bagi pelaksanaan penjualan strategik dengan nilai potensi keseluruhan sebanyak RM151.19 juta pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Jepun memulakan Tindakan untuk Mewujudkan Keselamatan Tenaga bagi Daya Tahan Jangka Panjang (ACCEL), sebuah inisiatif bersama yang menyokong negara dan perniagaan di Asia dan Pasifik menghadapi kenaikan harga tenaga.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- GIIB Holdings Bhd kini sedang mempertimbangkan potensi pelaburan dalam perniagaan berkaitan penjagaan kesihatan, walaupun butiran dan terma pelaburan yang dicadangkan itu masih belum dimuktamadkan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Standard Chartered Malaysia melantik Mushahid Syed sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) interim dan ketua liputan bagi Malaysia berkuat kuasa 8 Mei, 2026 bagi menggantikan Mak Joon Nien yang akan beralih ke kerjaya baharu.
5hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari susulan pembelian merentas sektor, mencerminkan sentimen yang semakin baik dalam pasaran tempatan, kata penganalisis.
5hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 4 Mei (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dalam usaha memperkukuhkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik dalam sektor maritim.