Terdapat 1167 berita berdasarkan kata kunci carian " anwar "

Ipoh Sentral Terajui Perubahan Ipoh Dengan Hab Pengangkutan Moden Dan Inisiatif Bandar Pintar

IPOH, 16 Ogos (Bernama) -- Projek Pembangunan Ipoh Sentral (Ipoh Sentral) yang berlandaskan Agenda Pengangkutan Hijau Bandar Pintar Perak 2030 dirancang untuk mengubah Ipoh menjadi hab pengangkutan yang moden, mampan dan keterhubungan baik.

Malaysia, Bangladesh Boleh Bersama-sama Hasilkan Produk Halal Untuk Pasaran Global - Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.

Pelaburan Tambahan Bukti Keyakinan Pelabur Terhadap Prospek Ekonomi Negara - Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kemasukan pelaburan tambahan ke Malaysia disokong oleh keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Proses Penggabungan Pekebun Kecil Getah Berada Di Landasan Yang Tepat - Johari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia Boleh Jadi Penghubung Ekonomi ASEAN Ke Asia Selatan Menerusi Bangladesh – Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar. 

Import LNG Dari AS Tertakluk Kepada Keperluan Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Keputusan Petronas untuk mengimport gas asli cecair (LNG) tambahan dari Amerika Syarikat (AS) adalah tertakluk kepada keupayaan dan keperluan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Keputusan Dan Penilaian Semula Aset Huluan Diserah Sepenuhnya Kepada Petronas - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Sebarang keputusan dan penilaian semula aset huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) diserahkan sepenuhnya kepada syarikat minyak nasional itu tanpa campur tangan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rangkaian Keselamatan AI ASEAN Disasar Diterima Pakai Pemimpin Pada Sidang Kemuncak ASEAN Pada Oktober 

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Satu deklarasi mengenai penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe) disasarkan akan diterima pakai oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Malaysia, Bangladesh Perkukuh Hubungan Dengan Perjanjian Semikonduktor, Teknologi Tinggi

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- MIMOS Services Sdn Bhd (MSSB), cabang komersial MIMOS Bhd akan menerajui beberapa siri inisiatif strategik yang bertujuan memajukan sektor semikonduktor dan teknologi tinggi di Bangladesh.

Bangladesh Mahu Teroka Lebih Banyak Pelaburan Dari Malaysia Untuk Pacu Ekonomi Pertumbuhan Tinggi - Muhammad Yunus

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) -- Bangladesh mahu meneroka lebih banyak pelaburan dari Malaysia untuk mengukuhkan ekonominya dan membina masa depan yang mampan serta ekonomi berpertumbuhan tinggi, kata Ketua Penasihat Bangladesh Dr Muhammad Yunus.

Tempahan Boeing Sokong Pertumbuhan Pelan Tindakan Ekonomi RMK13

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pembelian Malaysia Aviation Group (MAG) ke atas 30 Boeing 737 MAX Aircraft merupakan langkah strategik yang sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk transformasi serta peningkatan ekonomi, perindustrian dan perdagangan global.

Anwar Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Mitsubishi UFJ Financial Group

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.