Terdapat 1274 berita berdasarkan kata kunci carian " dana"

Maybank Terus Mencari Peluang Pertumbuhan Walaupun Suasana Mencabar  - Presiden/GCEO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Di sebalik persekitaran pasaran yang kurang memberangsangkan, Malayan Banking Bhd (Maybank) terus berusaha untuk mencari peluang pertumbuhan di seluruh segmen, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Datuk Seri Khairussaleh Ramli.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Khazanah Masih Berperanan Penting Dalam Ekosistem Modal Teroka Negara

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Malaysia Perlu Bertindak Segera Bagi Terajui Hab Semikonduktor Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu mengambil langkah lebih strategik dengan segera untuk menjadi hab serantau bagi semikonduktor generasi akan datang, dengan jangkaan hasil global melebihi US$1 trilion (US$1 = RM4.20) menjelang 2030, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Lepasi Paras 1,600, Seiring Prestasi Bursa Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.

RMK13 Pacu Pemerkasaan Ketersambungan Serantau, Perkukuh Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) --  Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi penekanan kepada pemerkasaan ketersambungan serantau dengan memperhebat penglibatan dan peranan Malaysia di pentas ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RAM Ratings Tingkat Penarafan Program Sukuk Solarvest Kepada AA3 Dengan Unjuran Stabil

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menerima kenaikan penarafan daripada RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) bagi penarafan jangka panjang program nota jangka sederhana Islam/nota komersial Islam bernilai RM1 bilion (2023/2053) iaitu daripada A1 kepada AA3.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Lima Bulan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya untuk mengakhiri minggu dagangan lebih tinggi, selepas melepasi paras utama 1,600 pada sesi awal, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kekalkan Trend Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.