5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Syarikat penjagaan kesihatan Malaysia mencatatkan jualan sebanyak RM96.18 juta sepanjang Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agensi pelaburan utama untuk Greater Kuala Lumpur (KL), InvestKL meraih pelaburan komited bernilai RM2.8 bilion pada separuh pertama 2025, menubuhkan lima hab serantau baharu di kawasan tersebut dan mewujudkan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Sebanyak 1,533 projek perabot diluluskan dengan nilai pelaburan RM11.62 bilion sehingga Mac 2025 melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Malaysia akan mempekenalkan tiga tindakan susulan utama iaitu program jangkauan pengeksport, pembaharuan kawal selia dan inisiatif pemetaan rantaian bekalan di seluruh negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Gentari Sdn Bhd menerusi Gentari Renewables Sdn Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Amazon Web Services (AWS) bagi membekal tenaga boleh baharu (TBB) daripada projek tenaga angin denga kapasiti 80-megawatt (MW) di Tamil Nadu, India.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sidang Kemuncak Penjual Lazada 2025 menampilkan pelbagai inovasi teknologi dan pendekatan pemerkasaan penjual bagi membentuk masa depan e-Dagang yang lebih inklusif dan mampan di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd (Takaful Malaysia Am) memperkenalkan Perlindungan Takaful Siber pertama di Malaysia yang ditawarkan pada harga serendah RM14.80 setahun.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia edisi ke-21 (MIHAS 2025) dari 17 hingga 20 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
5bulan ago
KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd melancarkan Connect and Collaborate Vendor Roadshow di seluruh negara bermula minggu ini di Kota Kinabalu untuk membina ekosistem vendor yang lebih teguh dan berdaya saing di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Capsphere, platform pembiayaan rakan setara berasaskan aset pertama di Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan CGC Digital, anak syarikat teknologi kewangan (fintech) Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk memperkenalkan produk pembiayaan baharu bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).