Terdapat 1741 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak "

CIMB Unjur Defisit Belanjawan Malaysia Pada Kadar 3.6 Peratus Daripada KDNK 2026

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan defisit belanjawan sebanyak 3.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2026 dengan hasil kerajaan meningkat sebanyak empat peratus kepada RM353.3 bilion pada tahun yang sama.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya. 

Eksport Halal Malaysia Cecah US$7 Bln Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eksport halal Malaysia mencecah US$7 bilion (US$1=RM4.19) pada separuh pertama 2025, iaitu 16.1 peratus daripada eksport negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.

Harga Minyak Dijangka Raih Manfaat Daripada Penurunan Kadar Faedah Fed -- Rystad Energy

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Harga minyak bakal meraih manfaat daripada penurunan terkini kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka meningkatkan sentimen permintaan global, kata syarikat penyelidikan tenaga bebas, Rystad Energy.

HDC Umum Peluasan BerryPay Ke Pasaran Algeria

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) hari ini mengumumkan pengembangan firma teknologi kewangan (fintech) Malaysia, BerryPay (M) Sdn Bhd ke pasaran Algeria menerusi kerjasama strategik dengan DIGITEC, anak syarikat ABD Invest Algeria Group.

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada MClean Technologies

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Timor-Leste Sasar Erat Perdagangan Dengan Malaysia, Fokuskan Pertanian, Pelancongan

Daripada V. Sankara

DILI (TIMOR-LESTE), 18 Sept (Bernama) -- Timor-Leste berhasrat untuk memperluas perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia, dengan memfokuskan kepada keterjaminan makanan, pertanian dan pelancongan berikutan usahanya dalam mengukuhkan kerjasama melalui integrasi ASEAN.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan prestasi eksport yang kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Dagangan Niaga Hadapan MSM Dijangka Kecil Susulan Minggu Singkat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam dagangan kecil pada minggu depan susulan aktiviti suram akibat minggu dagangan yang singkat, kata peniaga.

Pasaran Getah Malaysia Dijangka Kekal Lemah Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal lemah minggu depan, dengan kecenderungan untuk bergerak lebih rendah dalam minggu yang dipendekkan dengan cuti umum.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Paras Stok

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan paras stok di negara ini.