Terdapat 636 berita berdasarkan kata kunci carian " johor"

Pelaburan Ecoceres Bakal Jadikan Johor Dalam Rantaian Bekalan Global Bahan Api -- Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.

Gamuda Land Lancar Kempen ‘Money Mari Home’ Bantu Percepat Pemilikan Rumah

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Gamuda Land melancarkan kempen jualan terbaharunya, “Money Mari Home” yang menawarkan sokongan pembiayaan rumah berstruktur serta fleksibiliti pembayaran bagi memudahkan keputusan pembelian di seluruh portfolio hartanah kediaman dan komersialnya.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Berdaya Tahan Pada 2026, OPR Tidak Berubah -- Penganalisis

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan inflasi yang terkawal, menyebabkan penganalisis meramalkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang tahun. 

YBS Sasar Hasil RM600 Juta Susulan Pengambilalihan Allied

BUKIT MERTAJAM, 22 Jan (Bernama) -- YBS International Bhd (YBS) menjangkakan hasil syarikat meningkat daripada RM100 juta kepada RM600 juta susulan pelaburan strategik untuk mengambil alih Allied Group of Companies.

MMC Ports Sasar Penyatuan Digital, Ketahanan Operasi Sepanjang 2026

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Disember 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Projek Rianlon Bernilai Rm1.27 Bilion Perkasakan Usaha Pembuatan Bernilai Tinggi Di Johor - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 19 Jan (Bernama) -- Keputusan Rianlon Corporation untuk menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan di Johor mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh dan berterusan terhadap negeri ini sebagai hab serantau untuk pelaburan bernilai tinggi dan dipacu teknologi.

KDNK Suku Keempat 2025 Dijangka Catat Pertumbuhan Positif

JOHOR BAHRU, 16 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku keempat 2025 yang akan diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, dijangka menunjukkan pertumbuhan yang positif.

Sektor Pembinaan Malaysia Dijangka Catat Aliran Pekerjaan Kukuh Pada 2026 - HLIB

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembinaan dijangka mencatatkan aliran pekerjaan yang tinggi pada 2026, disokong oleh aliran kontrak positif yang menumpukan projek infrastruktur serta pusat data yang berterusan, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

MBSB Investment Jangka Momentum Pembelian Hartanah Berterusan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor hartanah, menjangkakan minat belian yang kukuh akan menyokong prospek pemaju.

5E Resources Dapat Kelulusan Bursa Untuk Disenaraikan Di Pasaran ACE

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- 5E Resources Holdings Bhd (5E Resources), penyedia perkhidmatan pengurusan sisa mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE.

Air Minuman Beroksigen Premium 'OXYKA' Dilancar, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat pengedaran dan pemasaran air sedia diminum berjenama “Haos Ek?”, ADIN Marketing Group Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan OXYKA, produk air minuman beroksigen dan beralkali pH 8.5 direka bagi memenuhi keperluan hidrasi berkualiti dalam gaya hidup moden.