BERITA TERKINI   Miskin tegar di Selangor telah dinoktahkan, perlu pemantauan berterusan untuk elak keciciran - PM Anwar | 

Terdapat 2054 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan aliran meningkat, disokong oleh sentimen global yang lebih baik dan kebimbangan geopolitik yang mereda.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Terus Dapat Sokongan Baik Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas dijangka terus mendapat sokongan yang baik minggu depan, disokong oleh kebimbangan mengenai inflasi berikutan harga minyak diunjurkan kekal tinggi.

Bursa Malaysia Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan Disokong Ketegangan Geopolitik Mereda

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, disokong oleh sentimen risiko global yang lebih baik berikutan petunjuk ketegangan geopolitik yang mereda.

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Ringgit Meningkat Semula Berbanding Dolar AS Menjelang Anggaran Awal KDNK Suku Pertama Esok

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2026 yang dijadualkan esok.

Bursa Malaysia Kembali Kukuh Susulan Harapan Ketegangan AS-Iran Semakin Reda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali mengukuh selepas penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Khamis, disokong persekitaran global yang lebih stabil susulan peningkatan harapan terhadap penyelesaian ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran menerusi rundingan semula.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Prestasi Wall Street

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal pada Khamis bagaimanapun turun daripada kenaikan awal susulan menjejaki petunjuk daripada prstasi Wall Street.