4bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, menjelang laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan minggu ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi mengiktiraf pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai piawaian kemampanan yang boleh dipercayai dengan sistem kebolehkesanan digital berstandard tinggi yang dapat membantu pengendali mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025, yang bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil dari negara luar.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia meningkat sebanyak 2.35 peratus bulan ke bulan kepada 1.86 juta tan pada Ogos daripada 1.81 juta tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh laporan data pekerjaan negara maju itu yang lemah dan berpotensi menyaksikan penurunan kadar faedah utamanya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya selepas diseret oleh kelemahan dalam harga minyak kacang soya.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Unit penyelesaian tenaga luar pesisir dan pengeluaran, penyimpanan serta pemunggahan terapung (FPSO) milik Yinson Holdings Bhd iaitu Yinson Production memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat Norway, Carbon Circle AS.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kebergantungan ketara ASEAN terhadap eksport, terutamanya di Malaysia dan Singapura, menimbulkan cabaran apabila kelembapan ekonomi China mula menjejaskan prospek pertumbuhan serantau, kata seorang ahli ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Selasa, seiring penyusutan prestasi pasaran hadapan komoditi itu di peringkat serantau, kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- THMY Holdings Bhd telah melantik Affin Hwang Investment Bank Bhd (AHIBB) sebagai penaja jamin tunggal untuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang disasarkan menjelang suku keempat tahun ini.