BERITA TERKINI   Agong berkenan kurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 54 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2026 | Sebanyak RM150 juta baki peruntukan bantuan Program SARA (MyKasih) tidak dibelanjakan penerima sehingga 31 Dis 2025 - Amir Hamzah | Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | Seramai 31 mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di KM433 Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Terdapat 1215 berita berdasarkan kata kunci carian " singapura "

RHB IB Jangka BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).

Kawalan Ke Atas Hartanah Baharu Singapura Beri Impak Minimum Kepada Projek Milik Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Langkah kawalan ke atas pasaran hartanah bertujuan menurunkan harga oleh Singapura dijangka memberi kesan minimum terhadap projek hartanah milik syarikat Malaysia di republik itu, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Malaysia Terus Terajui Infrastruktur Digital Di Peringkat Serantau - BMI

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Unit Fitch Solutions, BMI menjangkakan Malaysia akan mengekalkan penerajunya sebagai hab untuk pelaburan infrastruktur digital di Asia Tenggara dengan Johor kekal sebagai destinasi utama untuk pelaburan pusat data.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bertambah baik, menyokong mata wang AS itu, kata seorang penganalisis.

Optimisme Terhadap Perdagangan Serantau Dorong Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen serantau yang lebih baik berikutan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Vietnam yang baharu, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

ASEAN Perlu Bangunkan 'Gergasi' Serantau, Elak Kebergantungan FDI Dan Eksport - Liew

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 3 Julai (Bernama) -- ASEAN perlu menumpukan usaha membangunkan ‘gergasi’ dalam bentuk syarikat dan teknologinya sendiri selain berganjak daripada model ekonomi yang bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) atau perindustrian berasaskan eksport, terutama dalam ketidaktentuan global semasa.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis, mencatatkan kenaikan selepas ditutup rendah sebelumnya kerana peniaga bersikap berhati-hati dan mengurangkan pegangan dolar US menjelang 9 Julai, tarikh akhir penangguhan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan jangkaan berkurangan bagi perjanjian perdagangan menjelang tarikh akhir tarif AS yang menjejaskan sentimen pelabur.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Menjelang Tarikh Akhir Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan harapan perjanjian perdagangan dapat dicapai menjelang tarikh akhir tarif AS, semakin suram dan menjejaskan sentimen pelabur.

JS-SEZ Berupaya Tingkatkan Bahagian Johor Dalam KDNK Negara Lebih 12 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka melonjakkan bahagian Johor dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara melebihi 12 peratus menjelang 2023, sekiranya pelaburan yang dirancang menjadi kenyataan mengikut pelan, kata CIMB Investment Bank Bhd.

Strategi Kepelbagaian Pastikan Ekonomi Malaysia Terus Berdaya Tahan Depani Risiko Global

Oleh Samantha Tan Chiew Tieng

PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Meskipun ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang mencetuskan kebimbangan potensi penutupan Selat Hormuz serta gangguan bekalan tenaga global, ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh hasil strategi kerajaan yang inklusif dan bersifat jangka panjang.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.