5bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG) yang diketuai pengerusinya Kanetsugu Mike di Putrajaya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Panduan yang jelas serta tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur selain mencegah gangguan dalam rantaian pembekalan yang diintegrasikan dengan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan global, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari pada Khamis, dipacu minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih khususnya dalam sektor utiliti dan teknologi di tengah-tengah pasaran serantau yang kukuh.
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Semua komitmen pembelian dan pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia dalam rundingan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) adalah urusan komersial oleh syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa melibatkan sebarang dana awam mahupun menambah beban fiskal atau hutang negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menggesa supaya pembaharuan struktur terus dilaksanakan di peringkat nasional dan ASEAN memandangkan rantau ini mesti kekal kukuh dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Majlis Getah Malaysia (MRC) hari ini melancarkan tiga inisiatif utama bagi memperkukuh komitmen industri getah terhadap amalan kelestarian serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
5bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan diselaraskan dengan pelaksanaan inisiatif tahun pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk memastikan hala tuju pembangunan negara bergerak seiring dengan kerangka dasar jangka masa sederhana yang telah dilancarkan sebelum ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka menarik pelaburan bernilai kira-kira RM637 bilion dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi hijau selain membuka 310,000 peluang pekerjaan menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Industri getah Malaysia bukan sahaja perlu memenuhi piawaian global tetapi juga perlu menetapkan penanda aras baharu supaya kekal berdaya saing dalam pasaran bernilai tinggi, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Komitmen syarikat penyahgaraman air terbesar dunia, ACWA Power memilih Malaysia sebagai hab utama di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5bulan ago
SHAH ALAM, 6 Ogos (Bernama) -- Topcon Positioning Asia (Malaysia) Sdn Bhd (Topcon Malaysia) telah melancarkan pusat latihan pertamanya di Asia Tenggara, iaitu Pusat Latihan Topcon Malaysia (TMTC), satu pelaburan strategik bagi memacu transformasi digital dalam sektor pembinaan dan infrastruktur di rantau ini.