10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerjasama Malaysia dengan Arm Holdings Plc akan membantu Malaysia ke arah ekonomi berimpak tinggi, menyemarakkan ekosistem semikonduktor 'front-end' sambil memupuk pertumbuhan firma semikonduktor tempatan dalam jangka panjang.
10bulan ago
BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya melalui pertukaran 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain tempatan dan peneraju teknologi global di luar acara Mobile World Congress (MWC) 2025.
10bulan ago
BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi global, ZTE Corporation dan CelcomDigi menjalin kerjasama bagi menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam infrastruktur telekomunikasi Malaysia.
10bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Plc yang beribu pejabat di United Kingdom akan memajukan rantaian nilai semikonduktor domestik ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC), kata Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) Datuk Seri Wong Siew Hai.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Rundingan antara Malaysia dan Arm Holdings Plc yang telahpun dimuktamadkan, merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ekosistem semikonduktor negara serta mempercepat pembangunan teknologi tempatan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Inc adalah permulaan kepada gelombang semikonduktor kedua, menandakan peralihan pendekatan terhadap teknologi yang bakal mencorakkan masa depan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Chemlite Innovation Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasar mengumpul RM30 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia akan melabur US$250 juta (US$1= RM4.44) dalam dekad akan datang, memanfaatkan kepakaran Arm Holdings Plc untuk mewujudkan ekosistem baharu dalam industri kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor melalui kerjasama strategik antara kedua-duanya.
10bulan ago
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk memacu transformasi digital Sarawak melalui perluasan sambungan tanpa wayar ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menentukan sama ada undang-undang Malaysia dilanggar berhubung dakwaan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekat oleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak melancarkan Pavilion Sarawak di MWC Barcelona 2025, satu pencapaian penting dalam perjalanan negeri itu menjadi peneraju serantau dalam transformasi digital, teknologi pintar dan pembangunan mampan.