Terdapat 1515 berita berdasarkan kata kunci carian " projek"

Johor Teraju Pelaburan Pusat Data Negara , 42 Projek Bernilai RM164.45 Bilion Diluluskan

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Bernama) -- Johor muncul sebagai peneraju pelaburan pusat data negara dengan 42 projek bernilai RM164.45 bilion diluluskan setakat suku kedua 2025. 

Logam Asas, Galian Bukan Logam Dan Kayu Sumbang Nilai Pelaburan Asing Tertinggi Di Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Terdapat tiga industri utama dalam sektor perkilangan di Sabah yang menyumbang nilai pelaburan asing tertinggi dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari 2015 hingga 2024, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Projek Pembinaan Di Bawah RMK-13 Tumpu Penggunaan Teknologi Moden - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penekanan akan diberikan kepada penggunaan teknologi moden dalam projek pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) seperti Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Building Information Modelling (BIM).

Citaglobal Beli Kepentingan Majoriti Dalam Dua Projek Tenaga Hidro Di Perak

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Citaglobal Bhd menceburi sektor tenaga hidro dengan memperoleh 70 peratus kepentingan dalam dua projek kuasa hidro di Perak.

Petronas Sasar Lebih Banyak Projek LNG Di Kanada, Didorong Rizab Gas Yang Banyak

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berhasrat mengembangkan kehadirannya di Kanada memandangkan negara itu kini merupakan antara ppembekal utama gas asli cecair (LNG), kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan, Mohd Jukris Abdul Wahab.

Sektor Pembinaan Malaysia Tumbuh 12.9 Peratus, Nilai Kerja Cecah RM43.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Classita Lantik Razarudin Husain Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Classita Holdings Bhd melantik bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebagai Pengerusi Bukan Eksekutifnya, berkuat kuasa serta-merta.

Bursa Kekal Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, melepasi paras 1,560 seiring dengan kenaikan di pasaran serantau berikutan sentimen kembali menjadi positif.

Hunan Yuneng Pilih Malaysia Sebagai Hab Pengeluaran Bateri Litium

SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Pengeluar bateri China terkemuka, Hunan Yuneng New Energy Battery Material Co Ltd (Hunan Yuneng) secara rasmi telah mengumumkan penubuhan fasiliti pembuatan Asia Tenggaranya yang pertama di Malaysia. 

Ascott Meterai Perjanjian Urus Hotel Di Coronation Square Johor Bahru

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) -- Firma hospitaliti yang beribu pejabat di Singapura, The Ascott Ltd dilantik oleh Coronade Properties Sdn Bhd untuk menguruskan komponen hotel di pembangunan bersepadu Coronation Square di Johor Bahru.

MRL, CCCC Meterai SA7, Lengkapkan ECRL Ke Northport, Westports

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memuktamadkan Perjanjian Tambahan 7 (SA7) dengan kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi sambungan dari stesen terakhir di Jalan Kastam, Pelabuhan Klang ke Westports dan Northport (Seksyen D) baru-baru ini.

Bahas RMK13: GLC, GLIC Perlu Disusun Semula, Tumpu Pelaburan Sektor Bernilai Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan digesa menyusun semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) agar sejajar dengan keutamaan pembangunan negara, terutama dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHB).