3bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Mizuho Bank (Malaysia) Bhd komited menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dengan memperuntukkan hampir US$600 juta (US$1=RM4.2) pembiayaan kepada pelanggan yang melabur di zon itu.
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Ekonomi ASEAN (AECC) akan bersidang pada penghujung Oktober depan untuk membincangkan isu terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mempertimbangkan tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di negara itu termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini.
3bulan ago
NILAI, 23 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal mewujudkan hab automotif moden pertamanya menerusi projek pembangunan Auto City di Bandar Pintar Nilai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meningkatkan usaha untuk memacu perindustrian semula yang sistematik bagi menyokong matlamat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kata menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
IPOH, 12 Sept (Bernama) -- Projek hab perindustrian bersepadu Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) TechPark di Tanjong Malim dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.5 bilion dijangka mewujudkan kira-kira 20,000 peluang pekerjaan meliputi pelbagai peringkat kemahiran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.
4bulan ago
TANJONG MALIM, 4 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa syarikat gergasi automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) untuk meningkatkan pelaburan dalam usaha membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di sini.