25hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- AmBank menjangkakan ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026, sebelum menghampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh kadar inflasi yang rendah pada 2025 dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) – MMC Ports Holdings Bhd, pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia dan pengurus hab pemindahan kargo utama akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan naik taraf infrastruktur yang disasarkan serta program penambahbaikan peralatan pada 2026.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ringgit menyusut berbanding dolar AS ketika ditutup pada Selasa berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati dalam keadaan ketegangan tarif yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Favelle Favco Bhd meraih tiga kontrak baharu membekalkan kren menara dan luar pesisir dengan nilai gabungan sebanyak RM76.3 juta.
29hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China yang positif, kata peniaga.
29hari ago
JOHOR BAHRU, 19 Jan (Bernama) -- Keputusan Rianlon Corporation untuk menubuhkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan di Johor mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh dan berterusan terhadap negeri ini sebagai hab serantau untuk pelaburan bernilai tinggi dan dipacu teknologi.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.
30hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA SELANGOR, 18 Jan (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM), merancang untuk mempelbagaikan lagi operasinya ke dalam industri bahan kimia khusus berasaskan bio tahun ini.