1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terutamanya kaunter produk perbankan dan perindustrian, dalam persekitaran sentimen yang lebih baik susulan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran yang diperbaharui.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup meningkat pada Selasa, sekali gus mengatasi penurunan selama hampir enam minggu sebelum ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada sesi dagangan tengah hari, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi serta prestasi positif pasaran serantau.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR,17 April (Bernama) -- Sektor minyak dan gas kekal positif meskipun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyemak turun secara ketara unjuran permintaan minyak bagi 2026 daripada pertumbuhan 730,000 tong sehari kepada 80,000 tong sehari.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter berkaitan indeks utama memberi impak kepada dagangan awal, walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Industri pembuatan plastik negara dijangka terus mengalami ketidaktentuan dalam jangka masa pendek hingga sederhana berikutan krisis di Asia Barat, menurut Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini, disokong oleh sentimen yang semakin baik dalam persekitaran harapan tinggi menjangkakan bahawa ketegangan di Asia Barat akan reda.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka disokong oleh faktor permintaan yang menggalakkan seperti langkah meningkatkan mandat campuran seperti diumumkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat, kata CGS International Malaysia Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Langkah kerajaan meningkatkan mandat campuran biodiesel daripada B10 kepada B15 dijangka menyuntik kesan positif ke atas harga minyak sawit mentah (MSM) serta syarikat perladangan bersepadu yang mempunyai pendedahan terhadap bahan berkenaan, kata CIMB Securities Research.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, susulan pelabur mula berhati-hati menjelang tarikh akhir gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)-Iran, ditambah pula dengan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi kewangan terpilih.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki peningkatan dalam pasaran serantau dalam persekitaran optimisme mengenai ketegangan di Asia Barat berpotensi akan reda.