1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengadakan Misi Perdagangan Francais ke Riyadh, Arab Saudi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Telekomunikasi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd Dr Hans Wijayasuriya akan melepaskan jawatannya di syarikat itu pada 15 Jan, 2025 setelah menerima jemputan untuk menjadi ketua penasihat kepada Presiden Sri Lanka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bumi Armada Bhd, Bumi Armada UK Ltd telah memperoleh kontrak bernilai £50 juta (RM282.5 juta) daripada EnQuest Heather Ltd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kenaikan dalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh 28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi sentimen yang lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Ukraine membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala apabila membincangkan sektor-sektor utama seperti pertanian, aeroangkasa, minyak sawit mampan, peranti perubatan dan pelancongan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Ukraine hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, melepas paras sokongan psikologi 1,600 mata, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam saham mewah dan saham bermodal sederhana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) getah sekerap dan lateks bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak diaktifkan untuk Oktober 2024.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, memeterai surat hasrat (LOI) dengan Qaswa Holdings Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei Darussalam, sekali gus membuka laluan kerjasama strategik dalam Kluster Maritim Brunei.