Terdapat 2949 berita berdasarkan kata kunci carian " kenya"

Rang Undang-Undang Kredit Pengguna Dijangka Diwartakan Akhir Tahun Ini - MOF

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 (RUUKP) dijangka diwartakan pada akhir tahun ini dan akan memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada pengguna melalui kawal selia caj keterlaluan dan amalan kutipan hutang yang beretika.

Penganalisis Unjur BNM Kekalkan OPR 2.75 Peratus Bagi Tempoh Berbaki 2025

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus bagi tempoh berbaki untuk 2025 dengan andaian ekonomi tumbuh dalam julat rasmi 4.0-4.8 peratus selain inflasi kekal terkawal.

ACCCIM Gesa Langkah Cukai Bersasar Dalam Belanjawan 2026 Bagi Pacu Produktiviti, Inovasi PKS

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) menggesa langkah cukai bersasar dalam Belanjawan 2026, termasuk rebat cukai pendapatan korporat bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan ambang pendapatan bercukai lebih tinggi sebanyak RM1 juta pada kadar 15 peratus bagi PKS terpilih.

Perkhidmatan Keseluruhan Aerotrain KLIA Meningkat Meskipun Berlaku Gangguan Teknikal

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada penumpang bahawa pihaknya kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap susulan isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ambank Beri Biaya RM780 Juta Untuk Projek Pulau Andaman E&O

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmBank Group akan menyediakan pembiayaan RM780 juta kepada Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TPD), anak syarikat Eastern & Oriental Bhd (E&O), untuk projek Pulau Andaman.

Sacofa Bekerjasama Dengan ZTE Modenkan Rangkaian Di Sarawak

KUCHING, 4 Sept (Bernama) -- Sacofa, penyedia infrastruktur telekomunikasi negeri Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan  ZTE Corporation bagi memodenkan rangkaian infrastrukturnya untuk menyokong pertumbuhan digital masa depan.

DEX CONNEX 2025 Anjuran MDEC Raih Lebih RM1 Bilion Dalam Eksport Digital

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Platform padanan perniagaan, DEX CONNEX Edisi 2025 anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih lebih RM1 bilion dalam anggaran peluang eksport digital sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama ASEAN.

AmanahRaya Trustees, CoKeeps Bekerjasama Majukan Infrastruktur Aset Digital

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmanahRaya Trustees Bhd (ART), anak syarikat milik penuh Amanah Raya Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan CoKeeps Sdn Bhd bagi meneroka penubuhan perkhidmatan Penjaga Aset Digital.

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

GE Aerospace Komited Labur US$75 Juta untuk Pertingkat MRO, Keupayaan Baiki Enjin Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- GE Aerospace telah mengumumkan rancangannya untuk melabur sebanyak US$75 juta (US$1=RM4.21) bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta kemudahan pembaikan komponennya di rantau Asia Pasifik (APAC) hingga akhir 2025.

Tropicana Tebus Sukuk Wakalah RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Tropicana Corporation menebus satu lagi tranche program sukuk wakalah bernilai RM100 juta yang matang hari ini.

DNeX Dapat Lanjutan Kontrak Kerajaan Bagi Jendela Tunggal Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Dagang Net Technologies Sdn Bhd memperoleh lanjutan kontrak daripada kerajaan bagi inisiatif Jendela Tunggal Nasional (NSW) untuk pemudah cara perdagangan.