Terdapat 1094 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek"

PMI Pembuatan Malaysia Pada Oktober Tidak Berubah Pada 49.5, Pesanan Baharu Naik Sejak Jun

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan S&P Global Malaysia diselaraskan mengikut musim tidak berubah pada 49.5 pada Oktober 2024, dengan pesanan baharu meningkat untuk kali pertama sejak Jun 2024.

Hubungan Ekonomi Sweden-Malaysia Berkembang, FDI & Semikonduktor Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Sweden dan Malaysia telah berkembang pesat dengan pelaburan langsung asing (FDI) Sweden di Malaysia melonjak kepada US$1.43 bilion (US$1=RM4.37) sehingga kini berbanding hanya US$113 juta pada 2014.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.

Hasrat Malaysia Sertai BRICS Suntik Prospek Cerah Bagi Industri Jualan Langsung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) – Industri jualan langsung Malaysia berpotensi menjadi penerima manfaat besar susulan hasrat negara ini menyertai BRICS, kata Persatuan Edaran Terus Malaysia (MDDA).

Belanjawan 2025 Pacu Produktiviti Sektor Pembinaan, Infrastruktur - MPC

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 menyuntik prospek cerah kepada sektor pembinaan di Malaysia dengan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur berkualiti, memperkukuh pelaburan strategik serta memastikan semua sektor berfungsi secara inklusif dan mampan.

Petunjuk Yang Lemah, Sentimen Berhati-hati Dorong Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa susulan petunjuk yang lemah daripada pasaran hadapan getah serantau dan sentimen berhati-hati dalam pasaran global, kata seorang peniaga.

Untung Bersih Suku Ketiga LPI Capital Melonjak Kepada RM123.94 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga LPI Capital Bhd melonjak kepada RM123.94 juta daripada RM97.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.

OB Holdings Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE Sasar Ganda Kapasiti Pengeluaran Pada 2026

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- OB Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan kapasiti pengeluaran menjelang 2026 menerusi kilang baharu di Serendah, Selangor.

Sentimen Berhati-hati, Pemilihan Presiden AS Dorong Bursa Ditutup Rendah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).

Supreme Consolidated Sasar Kumpul RM17.5 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Supreme Consolidated Resources Bhd (SCRB) yang memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpul RM17.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Permintaan Terhadap LPG Di Asia Tenggara Dijangka Meningkat 2.0 Peratus - BMI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di Asia Tenggara dijangka meningkat pada kadar purata 2.0 peratus setahun dari 2023 hingga 2033, menurut BMI, unit Kumpulan Fitch.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.