Terdapat 71 berita berdasarkan kata kunci carian " nikkei 225 "

Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari, menjejaki pasaran serantau yang lebih kukuh apabila sentimen bertambah baik didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham kewangan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan penurunan di pasaran serantau berikutan sentimen kekal tidak menentu di sebalik perkembangan semasa di Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Ditutup Kebanyakannya Tinggi, Dipacu Saham Teknologi, Hartanah & Pembinaan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pelabur Nilai Semula Situasi Gencatan Senjata AS-Iran

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis susulan bursa serantau mencatat prestasi lemah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi, dengan indeks petunjuk pasaran naik 1.16 peratus untuk ditutup hampir kepada paras 1,700, disokong oleh sentimen positif susulan berita mengenai gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang termasuk Tehran membenarkan laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau yang lemah selepas Wall Street mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah Brent melonjak melebihi US$110 setong.

Bursa Malaysia Susut Di Bawah Paras 1,700 Pada Tengah Hari Diasak Lonjakan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Lonjakan Harga Minyak Jejas Pasaran

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan prestasi suram bursa serantau dalam keadaan sentimen yang terjejas akibat lonjakan harga minyak mentah, dengan harga minyak mentah Brent melebihi US$100 setong pada tengah hari.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Peningkatan Kebanyakan Pasaran Serantau

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki prestasi positif kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Seiring Peningkatan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki kenaikan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi bayangan bahawa perang dengan Iran berpotensi berakhir tidak lama lagi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, sejajar dengan pasaran serantau, selepas harga Brent crude melonjak melebihi US$115 setong seiring ketegangan berterusan antara AS, Israel dan Iran.

Aktiviti Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi seiring prestasi ekuiti serantau, dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selepas indeks utama mencecah seketika di bawah paras psikologi 1,700 dalam sesi dagangan sebelum ini.