Terdapat 43 berita berdasarkan kata kunci carian "pn17"

Reneuco Berdepan Penggantungan, Lanjutan Masa Kemuka Pelan Regularisasi Ditolak Bursa

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Reneuco Bhd berdepan risiko penggantungan dan seterusnya penyahsenaraian selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonan lanjutan masa bagi syarikat itu mengemukakan pelan regularisasinya.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Selepas Untung Empat Suku Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd (Capital A) menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) selepas mencapai selama keuntungan empat suku berturut-turut, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Bursa Malaysia Keluarkan Pharmaniaga Daripada Status PN17 Berkuat Kuasa Esok

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.

AAX Tukar Jawatan Benyamin Ismail Sebagai Pengurus Besar, Lantik Tharumalingam CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) menukar jawatan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) Benyamin Ismail kepada pengurus besar berkuat kuasa hari ini sebagai sebahagian daripada penstrukturan perniagaan penerbangan AirAsia Group di bawah AAX.

AirAsia X Dinamakan Semula Sebagai AirAsia Pada 19 Januari - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Sektor Penerbangan Malaysia Melonjak Ke Kemuncak Baharu Pada 2025, Pencarian MH370 Disambung 30 Dis

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.

KNM Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 5 November 2025

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.

KNM Terima Notis Tuntutan Cadangan Pelupusan Anak Syarikat Jerman

KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).

Bursa Tolak Permohonan Ivory Properties Lanjut Masa Kemuka Pelan Regularisasi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Permohonan Ivory Properties Group Bhd untuk melanjutkan tempoh mengemukakan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pharmaniaga Selesai Pelan Regularisasi, Dijangka Keluar PN17 Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd menyelesaikan pelan regularisasi Nota Amalan 17 (PN17) selepas menamatkan langkah pengurangan modalnya melalui pembatalan modal saham terbitan RM520 juta.

Saham MMM Akan Digantung, Bakal Dinyahsenarai Selepas Pelan Regularisasi Ditolak

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Dagangan saham MMM Group Bhd akan digantung mulai 7 Ogos, 2025 selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak pelan regularisasi syarikat itu kerana gagal memenuhi peraturan di bawah Nota Amalan 17 (PN17) keperluan penyenaraian di Pasaran Utama.

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.