AM > BERITA

Guardian Semarakkan Hari Kebangsaan Dengan Kempen #LoveForLocal

29/08/2024 09:12 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan, guardian Malaysia mengadakan kempen #LoveForLocal yang mengangkat 30 jenama tempatan terbaik bagi memudahkan rakyat Malaysia meneroka dan menyokong produk kecantikan tempatan.

Peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit itu dalam kenyataan menyebut, dengan memberi tumpuan kepada jenama-jenama berkenaan, guardian bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan kreativiti usahawan Malaysia, tetapi turut menggalakkan hubungan lebih kukuh dengan kekayaan warisan budaya yang diwakili produk-produk ini.

“Sama ada anda ingin mencuba sesuatu yang baharu atau menunjukkan sokongan terhadap bakat tempatan, kempen #LoveforLocal guardian menyediakan peluang sempurna untuk berbuat demikian di samping menghargai semangat perpaduan dan berbangga dengan tawaran unik negara kita,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Pemasaran guardian Malaysia Anna Ng berkata pihaknya menyokong sepenuhnya jenama kecantikan tempatan ini dengan menarik pelanggan baharu melalui peningkatan rangkaian pengedaran dan keterlihatan mereka di lebih 600 stor serta platform dalam talian guardian.

Beliau berkata ini akan membantu jenama berkenaan mencapai tahap lebih tinggi dan menjadikan produk kecantikan tempatan yang berkualiti lebih mudah diakses daripada sebelumnya.

Menurut guardian, empat perintis kecantikan tempatan iaitu The Raw, Lumi, Cuura dan Mango Flamingo telah memperoleh manfaat kempen berkenaan.  

Pengasas The Raw Adibah Mazlan berkata kerjasama dengan guardian membolehkan produk penjagaan kulit bertaraf farmaseutikal diakses khalayak yang lebih luas sementara pengasas Lumi Chryseis Tan pula berkongsi sokongan guardian membolehkan penyelesaian penjagaan kulit botani Lumi tersedia di seluruh negara.

“Terima kasih kepada guardian, penjagaan kulit semulajadi dan diperakui halal Cuura kini boleh dinikmati oleh lebih ramai pelanggan yang menyediakan penyelesaian lembut namun berkesan untuk kulit sensitif,” kata pengasas Cuura Sarah Shah Nor.

Pengasas Mango Flamingo Sue Aini turut menyatakan sokongan guardian menjadikan produk berkualitinya lebih mudah diakses segenap lapisan pengguna.

Keempat-empat jenama itu akan mempamerkan produk terbaik mereka di acara guardian #IYKYK Beauty Atrium, berlangsung dari 27 Ogos hingga 1 Sept di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Acara itu memuatkan aktiviti mesra keluarga, diskaun menarik dan pertandingan tarian yang menggabungkan K-pop dan gaya Malaysia pada 12 tengah hari, 31 Ogos ini.

“Nikmati diskaun hingga 20 peratus untuk semua produk kecantikan #LoveforLocal dan diskaun hingga 50 peratus untuk barangan penjagaan kulit dan penjagaan diri sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, dapatkan mask kecantikan percuma dengan setiap pembelian dua produk dan nikmati tawaran yang sama untuk aksesori kecantikan selagi stok masih ada,” menurut guardian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan