BELANJAWAN 2024 > BERITA

Saifuddin Nasution Hadir Persidangan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Di Laos

28/08/2024 06:36 PM

BANGKOK, 28 Ogos (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kini berada di Laos untuk menghadiri persidangan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan.

Dalam catatan Facebook beliau, Saifuddin Nasution berkata beliau mengadakan sesi pramajlis bersama delegasi kementerian pada Rabu, yang merupakan agenda utama baginya setiap kali menghadiri persidangan antarabangsa dan lawatan kerja rasmi bagi menyiapkan diri untuk menghadiri mesyuarat rasmi.

"Nanti saya maklumkan beberapa perincian mesyuarat yang boleh dikongsikan, moga segala urusan di sini berjalan lancar," katanya.

Persidangan Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang berlangsung di Vientiane, Laos dirasmikan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Horn pada Rabu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan