Terdapat 263 berita berdasarkan kata kunci carian " februari 2025"

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, susulan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan.

NexV Manufacturing, Global NEV Technology Meterai MoU Bagi Pemasangan EV Komersial

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) dan Global NEV Technology Sdn Bhd (GNEV) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka kerjasama strategik dalam pemasangan dan pembuatan kenderaan tenaga baharu (NEV) di Malaysia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pada sesi dagangan awal Khamis.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, menunjukkan prestasi lemah di pasaran tunai.

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan sejak Jumaat lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Hadapan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.

Niaga Hadapan FBM KLCI Kekal Mengukuh Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meneruskan pergerakan mengiring dengan kecenderungan menaik, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, dipacu oleh laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang optimis terhadap komoditi itu, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan momentum meningkat empat hari berturut-turut untuk ditutup tinggi pada hari terakhir minggu ini susulan peniaga terus berhati-hati terhadap dasar baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Donald Trump.

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Jumaat.